http://youtu.be/16NNdw6AAdY
Rabu, 21 September 2011
Selasa, 20 September 2011
apa itu KAJIAN TINDAKAN
2.0
Bahagian ini cuba menjelaskan dengan lebih lanjut tentang
KajianTindakan. Masalah serta kekeliruan yang dihadapi oleh guru semasa
menjalankan kajian tindakan dijadikan panduan dalam membuat penjelasan ini.
2.1
Beberapa Perbezaan Antara Penyelidikan Pendidikan Tradisi Dengan Kajian
Tindakan
Kajian
Tindakan juga tergolong dalam penyelidikan pendidikan. Walau bagaimanapun
terdapat beberapa perbezaan antara Kajian Tindakan dengan penyelidikan
pendidikan tradisi atau konvensional yang selalu dilaksanakan dalam
pendidikan. Perbezaan yang dihuraikan di sini dibataskan kepada beberapa
aspek kajian tradisi yang didapati boleh menimbulkan kekeliruan dalam
memahami Kajian Tindakan. Aspek-aspek tersebut merangkumi perkara-perkara
yang berkaitan dengan peranan penyelidik, tujuan kajian, sampel kajian,
serta menggunakan dapatan untuk membuat generalisasi.
Penyelidikan
pendidikan selalunya dilakukan oleh Institusi Pengajian Tinggi untuk tujuan
akademik atau pun oleh individu atau organisasi tertentu untuk tujuan
pembentukan dan pengembangan dasar atau program yang berkaitan dengan
pendidikan.
Dua
pihak yang terlibat dalam kajian iaitu penyelidik dan pihak yang dikaji
terdiri daripada ahli sesuatu situasi sosial atau organisasi yang berlainan
serta memainkan peranan yang berbeza. Contoh, dalam kajian tentang
"Minat Pelajar Bandar Dan Luar Bandar Dalam Mata Pelajaran Sains",
penyelidik (pihak yang menjalankan kajian) mungkin terdiri daripada Pegawai
Pendidikan dari K-ementerian Pendidikan, pelajar atau pensyarah dari
Institusi Pengajian Tinggi. Manakala sampel kajian (pihak yang dikaji) pula
terdiri daripada murid, guru dan pengetua sekolah di bandar dan di luar
bandar.
Lazimnya
tujuan sesuatu kajian ialah untuk melihat sejauh manakah sesuatu keadaan
sosial wujud. Bagi menentukan sama ada sesuatu keadaan yang dikaji itu wujud
atau tidak, dikemukakan beberapa soalan kajian berkaitan dengan perkara yang
dikaji. Contoh, sejauh manakah minat pelajar bandar / luar bandar dalam mata
pelajaran sains? Atau sejauh manakah kemudahan makmal mempengaruhi minat
pelajarterhadap sains?
Penyelidikan
pendidikan tradisi menggunakan sampel kajian dari sesuatu kelompok populasi.
Contoh, dalam kajian tentang "Minat Pelajar Bandar / Luar Bandar Dalam
Mata Pelajaran Sains", kelompok populasi yang dikaji ialah murid, guru
sains dan pentadbir sekolah di bandar dan luar bandar. Penyelidik melibatkan
sebahagian sahaja daripada keseluruhan kelompok yang dikaji misalnya
sebanyak 30% untuk dijadikan sampel kajian.
Berasaskan
pertimbangan bahawa semua ahli kelompok mempunyai ciri-ciri yang sama
seperti dari segi peranan, tanggunjawab, amalan atau lain-lain ciri yang
berkaitan dengan perkara yang dikaji, sampel 30% ini dianggap mewakili
keseluruhan populasi yang terbabit. Oleh itu dapatan kajian daripada sampel
sebanyak 30% boleh dijadikan asas untuk membuat satu anggapan umum atau
generalisasi terhadap keseluruhan kelompok populasi tadi. Contoh
generalisasi yang mungkin boleh dibuat daripada dapatan kajian ialah
"pelajar bandar lebih minat belajar sains daripada pelajar luar
bandar".
Seiring
dengan itu penyelidik juga boleh menggunakan dapatan kajian •untuk membuat
cadangan umum bagi meningkatkan minat dalam mata pelajaran sains di kalangan
populasi luar bandar. Lazimnya cadangan untuk memperbaiki program dimajukan
kepada organisasi pendidikan yang terlibat secara langsung dalam perancangan
pendidikan sains di sekolah. Dalam konteks pelaksanaan kajian, peranan
penyelidik berakhir setelah laporan kajian disediakan.
2.2
Pengertian Tentang Kajian Tindakan
Kajian
Tindakan adalah kajian berbentuk kualitatif. K-ajian kualitatif menggunakan
data dalam bentuk fakta asal seperti dilihat, didengar atau dibaca. Data
berbentuk statistik (nombor) juga digunakan tetapi tidak menjadi cacat
sesuatu Kajian Tindakan yang tidak menggunakan data berbentuk itu.
Peraturan
yang perlu dipatuhi apabila menjalankan Kajian Tindakan ialah keempat-empat
langkah asas iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek yang
dilakukan secara berurutan dalam bentuk gelungan. Berikut dihuraikan dengan
lebih terperinci beberapa perkara asas tentang Kajian Tindakan. Masalah yang
dialami oleh guru-guru yang menjalankan Kajian Tindakan di sekolah dijadikan
asas dalam membuat huraian dan cadangan.
2.2.1
Pengembangan Profesionalisme Guru
Kajian
Tindakan mengembangkan kemampuan guru sebagai peneroka pengetahuan yang
profesional. Guru sebagai seorang profesional tidaklah semata-mata
mengamalkan pengetahuan yang dikemukakan oleh orang lain tetapi berupaya
merintisjalan bagi menangani pelbagi masalah P&P.
Dalam
K.ajian Tindakan, guru sebagai penyelidik mengkaji amalan bekerjanya sendiri
serta kaitannya dengan keberkesanan pembelajaran di kalangan murid-murid
yang diajarnya. Amalan bekerja iaitu amalan mengajar termasuklah cara guru
berinteraksi dengan murid, latihan-latihan yang disediakan, gaya
penyampaian, soalan-soalan yang digunakan dan sebagainya. Guru menjalankan
kajian atas kesedaran bahawa terdapat masalah yang mengganggu proses
pembelajaran di kalangan murid-murid yang diajarnya dan masalah itu perlu
ditanganinya sendiri.
Apabila
seseorang guru mengamalkan Kajian Tindakan beliau perlu melakukan
pengubahsuaian amalan P&P secara berterusan sehingga berlaku peningkatan
dalam pencapaian murid pada tahap yang jauh lebih baik berbanding dengan
keadaan sebelum kajian dijalankan. Sekiranya pencapaian murid meningkat
setelah melakukan aktiviti P&P yang telah dirancang untuk menangani
masalah yang wujud, bolehlah dirumuskan bahawa amalan pengajaran guru
berkesan. Keberkesanan pengajaran guru meningkatkan kewibawaannya sebagai
pendidik dan dengan itu tahap profesionalisme guru itujuga turut meningkat.
K.ajian
Tindakan memperlihatkan pengembangan guru sebagai sesuatu yang mengarah dari
bawah ke atas (bottom-up) dan bukan dari atas ke bawah (top-down). Model
penjana pengetahuan (knowledge-generating model) mengandaikan bahawa
kemajuan dalam latihan pendidikan perlulah berasaskan pada pandangan dan
pengalaman guru sendiri. Model ini menekankan peranan guru sendiri sebagai
model utama kajian tanpa menerima tekanan atau arahan dari pihak atasan.
Dapatan dari kajian diterima sebagai sebahagian daripada percambahan idea
dalam bidang yang dikaji.
2.2.2
Meningkatkan Keberkesanan Amalan Mengajar
Peningkatan
keberkesanan amalan mengajar seseorang guru boleh dilihat melalui
peningkatan prestasi pihak yang menerima perkhidmatan guru tersebut iaitu
murid-murid. Melalui pemerhatian terhadap aktiviti-aktiviti P&P yang
dijalankan di bilik darjah, guru mengumpul data secara terancang untuk
mengesan kelemahan dan kekuatan aktiviti yang dilaksanakan. Data yang telah
dianalisis memberi gambaran yang jelas kepada guru tentang faktor-faktor
yang mempengaruhi keberkesanan proses P&P. Berpandukan kepada analisis
data guru mengubahsuai amalan mengajar yang lalu supaya menjadi lebih
berkesan. Proses mengutip data dan mengubahsuai amalan berlaku berulangkali
sehinggalah berlaku peningkatan dalam prestasi murid.
2.2.3
Tujuan Kajian
Pelaksanaan
Kajian Tindakan di bilik darjah bertujuan khusus untuk meningkatkan
keberkesanan amalan mengajar guru dan meningkatkan pencapaian murid. Secara
logik, seorang murid dianggap berjaya menguasai kemahiran-kemahiran
pembelajaran yang terdapat dalam sukatan pelajaran apabila berjaya mendapat
markah tinggi dalam sebarang penilaian bagi mata pelajaran tersebut. Dalam
konteks pencapaian akademik, murid tersebut juga dianggap cemerlang dalam
mata pelajaran itu.
Sesuatu
Kajian Tindakan yang bertujuan untuk mengatasi pelbagai masalah pembelajaran
atau membantu murid menguasai pelbagai kemahiran pembelajaran yang
ditetapkan untuk satu-satu mata pelajaran adalah lebih menepati matlamat
untuk membantu murid mencapai tahap cemerlang dalam satu-satu mata
pelajaran. Perhatikan contoh berikut:
•
Membantu murid belajar dengan berkesan melalui pengajaran yang berkesan.
•
Membantu murid merancang cara belajar di bilik darjah dengan berkesan
melalui bimbingan guru yang berkesan.
Contoh
di atas boleh dijadikan tujuan kajian tindakan untuk dilaksanakan oleh
seorang guru dalam satu kelas, atau untuk semua guru dalam satu sekolah bagi
satu atau semua mata pelajaran atau pelbagai mata pelajaran. Kajian itu
boleh dilaksanakan dalam tempoh setahun atau untuk beberapa tahun.
Pelaksanaan
Kajian Tindakan untuk satu atau beberapa tahun sesi persekolahan pastilah
mengandungi beberapa pusingan atau kitaran mengikut masalah-masalah yang
hendak ditangani. Tiap-tiap kitaran kajian mengandungi tujuan khusus
berkaitan dengan satu-satu masalah atau kemahiran yang cuba ditangani.
Perhatikan contoh-contoh berikut:
•
Meningkatkan penguasaan kemahiran mendarab sifir 2 hingga 4.
•
Meningkatkan kefahaman murid tentang rumah sa, puluh dan ratus dalam
kemahiran asas menambah.
Selain
daripada bertujuan untuk menangani masalah pembelajaran khususnya yang
berkaitan dengan pencapaian rendah di kalangan murid, Kajian Tindakan juga
boleh dijadikan strategi untuk memperbaiki lagi pencapaian murid yang berada
pada tahap baik ke tahap cemerlang.
2.2.4
Langkah-Langkah Melaksanakan KajianTindakan
Dalam
proses pembelajaran di bilik darjah, tiap-tiap kemahiran lazimnya dipelajari
satu per satu. Proses yang sama berlaku dalam Kajian Tindakan. Tiap-tiap
masalah pembelajaran di tangani satu per satu. Proses pelaksanaan Kajian
Tindakan merangkumi empat langkah iaitu merancang, bertindak, memerhati dan
mereflek. Langkah-langkah ini dilaksanakan secara berurutan dalam bentuk
gelungan. Gelungan seperti ditunjukkan dalam rajah di bawah menggambarkan
proses pelaksanaan tanpa penghujung.
RAJAH
kt
Dalam
satu gelungan atau kitaran kajian, pengkaji cuba menangani satu masalah
tertentu seperti meningkatkan penguasaan sesuatu kemahiranan dalam sesuatu
mata pelajaran. Pelbagai aktiviti P&P dicuba untuk menangani masalah
itu. Setelah masalah dapat ditangani kitaran kajian seterusnya dimulakan
dengan memberi tumpuan kepada masalah lain pula.
Setelah
dibuat perancangan rapi untuk mengatasi sesuatu masalah, adalah dijangkakan
bahawa sesuatu masalah itu seharusnya dapat diatasi. Mungkin berlaku keadaan
di mana penyelidik mendapati tiada perubahan berlaku atau sedikit sahaja
kejayaan dicapai setelah kajian dilaksanakan. Sekiranya pengkaji tidak
melakukan pemerhatian yang teliti dan tidak membuat catatan semasa kajian
berlangsung, sukar baginya untuk mengesan dengan tepat kelemahan aktiviti
yang dilaksanakan. Oleh itu amalan mencatat atau merekod segala perkembangan
yang berlaku semasa aktiviti dilaksanakan adalah satu peraturan yang perlu
dipatuhi dalam Kajian Tindakan.
Seseorang
guru yang mengamalkan kajian tindakan sentiasa mencari masalah pembelajaran
yang dihadapi oleh muridnya. Setelah masalah dikenalpasti usaha dilakukan
untuk menangani masalah itu melalui langkah-langkah merancang, bertindak,
memerhati dan mereflek. Proses kajian untuk menangani masalah-masalah
pembelajaran yang telah dikenalpasti berlaku berterusan sehingga semua
masalah diatasi.
2.2.5
Mengubah Amalan Mengajar
Dalam
situasi pembelajaran di bilik darjah murid-murid menghadapi berbagai-bagai
masalah. Perkara ini boleh dikesan melalui pencapaian murid yang
berbeza-beza walaupun
mereka diberi
pengalaman pembelajaran yang sama. Apakah lagi yang boleh dilakukan
oleh guru untuk membantu murid-murid golongan ini?
Langkah-langkah
P&P melalui K-ajian Tindakan melibatkan guru mengutip data terperinci
tentang berbagai faktor bilik darjah yang mempengaruhi proses pembelajaran.
Hasil analisis data tersebut membantu guru memahami mengapa sesuatu aktiviti
P&P yang dilaksanakan tidak mencapai matlamat. Dengan cara ini guru
dapat mengesan langkah menjalankan aktiviti yang perlu diubahsuai. Apabila
berlaku pengubahsuaian aktiviti, secara tidak langsung guru yang terlibat
mengubah amalan mengajar iaitu amalan dalam bentuk menyediakan aktiviti
P&P. Dalam K.ajian Tindakan pengubahsuaian terhadap aktiviti P&P
perlu dan sentiasa dilakukan. Amalan mengubahsuai aktiviti diteruskan
sehingga pencapaian murid meningkat ke tahap yang sebaik mungkin.
Proses
pengubahsuaian sesuatu aktiviti berlaku setelah aktiviti itu dilaksanakan.
Data tentang pelaksanaan aktiviti dianalisis dan hasil analisis itu
dijadikan panduan atau landasan untuk memperbaiki aktiviti yang sama atau
membina aktiviti baru.
Melalui
proses "cuba-cuba" aktiviti diubahsuai mengikut keperluan murid
dan dengan cara tersebut keberkesanan aktiviti P&P boleh
dipertingkatkan. Usaha berterusan oleh guru untuk menilai keberkesanan
amalan mengajar juga membolehkan guru tersebut mengesan kelemahan yang
menimbulkan masalah pembelajaran seawal mungkin. Dengan cara ini langkah
pembaikan dapat dibuat sebelum sesuatu masalah menjadi serius dan terlalu
sukar untuk ditangani.
2.2.6
Kajian Menjelaskan Amalan Penyelidik
Guru
yang menjalankan K-ajian Tindakan memainkan peranan sebagai pengkaji.
Perkara yang dikaji ialah amalan guru itu sendiri berkaitan dengan masalah
pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid yang diajar. Oleh itu guru
adalah pihak yang dikaji dan beliau tidak mewakili mana-mana kelompok
populasi. Justeru, adalah tidak wajar dapatan Kajian Tindakan digunakan
untuk membuat generalisasi terhadap amalan guru lain. Begitu juga, cadangan
untuk memperbaiki aktiviti atau langkah P&P berdasarkan dapatan sesuatu
kajian adalah sesuai dan lebih tepat untuk memperbaiki amalan guru yang
menjalankan Kajian Tindakan itu sendiri.
2.2.7
Perkongsian Maklumat
Perkongsian
dapatan kajian adalah perkara penting yang disarankan dalam Kajian Tindakan.
Melalui perkongsian itu guru lain boleh menggunakan dapatan kajian sebagai
rujukan atau panduan bagi melaksanakan kajian mereka sendiri. Seseorang guru
yang berhasrat untuk mencuba aktiviti-aktiviti P&P yang telah
dilaksanakan dalam Kajian Tindakan guru lain perlulah mengutip data tentang
amalannya dahulu. Berdasarkan analisis data yang dikutip itu aktiviti yang
hendak dicuba diubahsuai mengikut keperluan murid-muridnya sendiri.
2.2.8
Memahami Proses Pembelajaran
Guru
yang menjalankan Kajian Tindakan turut mengalami proses pembelajaran.
Melalui pendekatan ini guru cuba memahami proses pembelajaran
murid-muridnya. Dengan memahami proses pembelajaran murid, guru boleh
mengambil langkah untuk memperbaiki pengajarannya yang tidak berkesan.
Kajian Tindakan yang memberi penekanan kepada langkah-langkah untuk
membuktikan bahawa sesuatu pendekatan atau aktiviti pengajaran adalah lebih
baik daripada yang lain atau untuk menentukan sejauh mana keberkesanan
penggunaan sesuatu alat bantu dalam pengajaran tidak menepati matlamat untuk
memperbaiki amalan guru. Perhatikan contoh-contoh dibawah.
•
Perbandingan Antara K.eberkesanan Teknik Mengajar A Dengan Teknik Mengajar
B.
•
Keberkesanan Penggunaan Internet Dalam Pengajaran.
Contoh
di atas mebayangkan bahawa tumpuan kajian adalah untuk menguji keberkesanan
teknik mengajar atau bahan P&P, manakala kajian tindakan pula cuba
mengesan kekuatan atau kelemahan amalan guru.
Melalui
Kajian Tindakan teknik mengajar A atau B serta penggunaan internet dalam
pengajaran boleh dijadikan langkah atau aktiviti P&P untuk menangani
sesuatu masalah yang dikaji.
2.2.9
Pendekatan Penyelidikan Dalam Pengajaran
Berbagai
aktiviti atau program tambahan dilaksanakan di sekolah untuk
mempertingkatkan prestasi murid. Seringkali aktiviti tersebut dilaksanakan
di luar bilik darjah sama ada sebagai kelas tambahan atau program berbentuk
kempen untuk menggalakkan lagi minat murid terhadap pelajaran. Seseorang
guru yang menjalankan Kajian Tindakan tentang amalan mengajarnya bukanlah
melaksanakan sesuatu projek khusus untuk tujuan penyelidikan semata-mata
tetapi mengajar dengan menggunakan pendekatan penyelidikan. K.ajian
dijalankan semasa guru mengajar di bilik darjah dengan cara
menggabungjalinkan ciri-ciri penyelidikan dalam pengajaran seperti mengumpul
data tentang pengajaran dan selepas itu menganalisis data tersebut. Dalam
Kajian Tindakan langkah-langkah penyelidikan iaitu merancang, bertindak,
memerhati dan mereflek perlu dipatuhi.
2.2.10
Mengutip Dan Menganalisis Data
Kajian
Tindakan memberi ruang kepada guru untuk menerokai daya kreativiti dan
inovasi. Oleh itu alat yang digunakan untuk mengutip data tidak perlu
dihadkan kepada beberapa alat yang lazim digunakan dalam kajian tradisi
seperti temubual atau soalselidik. Guru boleh membina alat sendiri untuk
mengumpul data asalkan alat yang dibina itu praktikal dan sesuai digunakan
mengikut keperluan kajian. Pengalaman mengajar yang ada pada guru khususnya
yang berkaitan dengan aktiviti penilaian yang sering dilakukan oleh guru
adalah aset penting yang boleh dimanfaatkan untuk membina alat.
Berasaskan
data daripada pelbagai sumber, kebenaran dapatan Kajian Tindakan boleh
diperkukuhkan. Melalui langkah pemerhatian terhadap pelaksanaan
aktiviti-aktivit P&P data boleh dikumpul oleh tiga pihak iaitu
penyelidik sendiri, rakan
dan murid-murid yang diajar. Manakala di peringkat memahami masalah
pula, guru boleh mendapatkan data daripada beberapa sumber sedia ada serta
mengutip data daripada murid-murid sebagai data tambahan sekiranya perlu.
Data
yang dikumpul perlulah dianalisis supaya memberi makna kepada keadaan yang
sedang dikaji. Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk
menganalisis data. Antara cara yang mudah ialah mengelompokkan data daripada
beberapa sumber mengikut tajuk atau tema tertentu. Dengan cara membandingkan
data-data itu perkaitan antara data-data dapat dilihat. Melalui cara ini
keadaan yang dikaji dapat dilihat atau difahami dengan lebihjelas.
2.2.11
Usaha Berpasukan
Guru
boleh melaksanakan K-ajian Tindakan bersendirian tetapi berdasarkan
pengalaman beberapa orang guru di sekolah-sekolah di Australia didapati
bahawa K.ajian Tindakan adalah lebih berkesan apabila dilaksanakan secara
usaha sama atau berpasukan. Didapati juga bahawa usaha sama di kalangan guru
adalah lebih berkesan apabila semua guru dalam pasukan penyelidik turut
terlibat menjalankan K.ajian Tindakan di bilik darjah masing-masing.
Peranan
berpasukan menjadikan K.ajian Tindakah lebih berkesan kerana idea dan
pandangan yang berbagai boleh membantu memantapakan sesuatu keputusan.
Selain daripada memberi pandangan tiap-tiap ahli boleh saling membantu dalam
melaksanakan tindakan seperti membuat pemerhatian atau mengumpul data.
Usaha
berpasukan juga sangat penting bagi pelaksana kajian tindakan yang
menghadapi kebuntuan semasa melaksanakan kajian. Dengan adanya pasukan
penyelidik guru boleh saling merujuk dan saling bertanya apabila menghadapi
masalah.
Di
sekolah kerja berpasukan boleh diwujudkan melalui panitia mata pelajaran.
Kajian Tindakan boleh dijadikan agenda utama panitia untuk membina semangat
kerja berpasukan serta meningkatkan profesionalisme guru.
Bagaimana
usaha berpasukan dapat diwujudkan sedangkan para guru mempunyai senarai
tugas yang tidak pernah berakhir? Sekiranya seseorang guru pelaksana Kajian
Tindakan memerlukan bantuan daripada guru lain, adakah perlu bagi beliau
mengadakan satu mesyuarat khusus? Perjumpaan yang formal hanya dapat
diadakan selepas waktu sekolah. Sekiranya guru-guru terlibat tidak boleh
meluangkan masa, sudah tentulah perbincangan tidak dapat dijalankan.
Bagi
meneruskan kajian, langkah-langkah pelaksanaan perlu diubahsuai.
Perbincangan boleh diadakan secara berperingkat. Mana-mana ahli yang
mempunyai waktu senggang serentak bolehlah mengadakan perbincangan dahulu.
Jika perlu guru yang memerlukan bantuan itu bolehlah merujuk kepada
ahli-ahli lain kemudian iaitu apabila mereka mempunyai masa terluang
khususnya pada waktu senggang.
Usaha
berpasukan tidak semestinya berlaku di kalangan guru-guru dalam satu sekolah
sahaja. Guru haruslah mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dengan
guru-guru di sekolah lain khususnya sekolah yang berhampiran. Aktiviti
berkongsi pengalaman di antara sekolah-sekolah memberi peluang kepada guru
untuk memperbaiki lagi kemahiran menjalankan kajian melalui pertukaran idea
dan pengalaman.
2.2.12
Keberkesanan Kajian Melalui Pelaksanaan Jangka Panjang
'Program
For Enhancaing Effective Learning" (PEEL) iaitu program ^enyelidikan di
sekolah melalui Kajian Tindakan telah dilaksanakan di sekolah-sekolah di
Victoria, Australia. Menurut guru-guru yang terlibat dalam program itu,
Kajian Tindakan sebagai pendekatan pengajaran untuk mencapai matlamat
pendidikan terbukti berkesan apabila dilaksanakan dalamjangka waktu yang
panjang. Melalui pelaksanaan kajian berulang kali dalam jangka waktu yang
panjang, guru berpeluang untuk mencuba berbagai-bagai idea. Melalui proses
"cuba-cuba" kemahiran menjalankan kajian meningkat dan
keberkesanan pengajaran juga turut meningkat. Oleh sebab itu kajian tindakan
diamalkan sebagai pendekatan pengajaran seharian di bilik darjah dan amalan
penyelidikan ini diteruskan tahun demi tahun.
2.3
Kesimpulan
Kajian
Tindakan adalah satu langkah berterusan oleh guru untuk menilai dan mengesan
keberkesanan amalan sendiri. Melalui langkah-langkah mengesan dan menilai
itu data dikumpul untuk dijadikan panduan mengubahsuai amalan lalu supaya
keberkesanan amalan mengajar seterusnya dapat dipertingkatkan.
Kajian
Tindakan menyarankan supaya guru mengubah amalan mengajar. Perubahan amalan
yang disarankan bukanlah perubahan secara mendadak, serta drastik atau
mengubah amalan kepada sesuatu keadaan yang asing. Perubahan yang disarankan
ialah dari segi mengubahsuai amalan secara berperingkat berasaskan data yang
telah dikutip.
Guru
bukan sahaja memainkan peranan sebagai penyelidik tetapi beliau juga adalah
pihak yang dikaji. Sebagai penyelidik guru mengumpul dan menganalisis data,
mencadangkan aktiviti P&P serta melaksanakan sendiri aktiviti tersebut.
Di
sekolah murid menghadapi pelbagi masalah pembelajaran. Berasaskan
pertimbangan itu, Kajian Tindakan yang bertujuan untuk menangani pelbagi
masalah P&P lebih menepati matlamat untuk membimbing murid mencapai
tahap cemerlang dalam pendidikan. Berasaskan pertimbangan itu juga amalan
menyelidik menggunakan pendekatan Kajian Tindakan wajar dilakukan berterusan
supaya sebarang masalah pembelajaran yang timbul dapat ditangani serta
dikesan seawal mungkin iaitu sebelum ia menjadi terlalu rumit untuk
ditangani.
Dalam usaha
untuk memahami proses P&P pula, langkah-langkah kajian ditumpukan untuk
meningkatkan keberkesanan aktiviti P&P bukan untuk menentukan atau
mengenalpasti sama ada sesuatu langkah lebih baik atau berkesan daripada
yang lain. Pendekatan atau bahan P&P yang dianggap baik boleh digunakan
untuk menangani sebarang masalah pembelajaran yang dikaji.
Disediakan oleh: Ng Kim Choy (M.Tech.Mgt.,B.A. (Hons.), Dip.Ed.), Ketua Jabatan, Jabatan Ilmu Pendidikan, MPSS. 21 Januari 2001 http://www.teachersrock.net/kajian%20tindakan.htm |
Langgan:
Catatan (Atom)