nama blog

follower

Selasa, 4 Oktober 2011

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN MATEMATIK PEND. KHAS (Tambah sebarang dua nombor dalam lingkungan fakta asas)


Mata pelajaran: MATEMATIK
Kelas: KKBP1
Tarikh:  4 April 2011
Masa: 8:30 - 9:00 (30m)
Bilangan murid: 8 ORG
Bidang pelajaran: Operasi Tambah
Objektif pembelajaran:
Tambah sebarang dua nombor dalam lingkungan fakta asas

Hasil pembelajaran:
Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:

A. Menguasai isi kandungan
a. Menambah nombor dalam lingkungan fakta asas.
b. Mengenal dan menyebut simbol tambah dan simbol sama dengan.
c. Menyatukan bilangan objek dalam himpunan tidak lebih dari 10.

B. Membina kemahiran saintifik, berfikir dan strategi berfikir
a. Mengenal nombor-nombor asas.
b. Membilang dengan menghimpunkan kembali objek
c. Mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan seharian.

C. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
 a. Bekerjasama
 b. Tolong menolong
 c. Berani mencuba

Konsep/prinsip/hukum/teori:
a. fakta asas
b. Simbol tambah
c. Simbol sama dengan

Bahan, peralatan dan bahan sumber: Kad nombor, papan putih, komputer riba, skrin putih, projektor, buah epal dan Lembaran kerja
Langkah berjaga-jaga:
1) Murid berhati-hati menggunakan komputer riba.
Pengetahuan sedia ada: Murid sudah kenal nombor 1 hingga 50 dan sudah boleh membilang nombor hingga 50.

FASA
ISI KANDUNGAN
AKTIVITI PENGAJARAN&
PEMBELAJARAN

AKTIVITI GURU
AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

AKTIVITI MURID
NOTA
PERMULAAN/ MENCUNGKIL IDEA ( 3m)
-Nyanyian Lagu:
“ Satu satu saya sayang ibu, Dua dua saya saying ayah, Tiga tiga sayang abang kakak, satu dua tiga sayang semuanya.
-Guru Menyanyikan lagu nombor bersama-sama murid dengan menunjukkan kad nombor mengikut nombor yang disebutkan. seperti lampiran 1 RPH 1.
-Guru bersoal jawab dengan murid berapa bilangan adik beradik, bilangan kakak, bilangan abang.
Murid menyanyi bersama- sama  dengan guru.



-Murid menjawab dengan dan menulis jawapan di papan putih.
Teknik : nyanyian ,soal-jawab
BBM: kad nombor, papan putih,
Nilai : bersungguh-sungguh , berkasih sayang
MENSTRUKTUR/
MENSTRUKTUR SEMULA (12m)







-Menambah nombor dalam lingkungan fakta asas.
 -Guru menjelaskan konsep tambah, simbol tambah dan simbol sama dengan.
-Guru mengambil sebiji buah epal dan meletakkanya kedalam bakul.
-Guru meminta murid mengira berapa biji epal yang ada dalam bakul
Contoh soalan
Guru: Ada berapa biji epal dalam bakul?
-Kemudian guru menambah sebiji lagi buah epal kedalam bakul dan meminta murid mengira buah epal di dalam bakul.
Contoh soalan:
Guru: Saya masukkan lebih satu biji bola lagi. Ada berapa biji bola di dalam bakul sekarang?
Contoh soalan:
Jika saya masukkan lebih satu biji epal lagi , berapa biji epal yang ada sekarang?

-Guru terus menambah sebiji demi sebiji buah epal hingge menghasilkan bilangan 10 dan terus meminta murid mengira .



-Seterusnya guru mempamerkan persembahan power point dan menunjukkan proses tambah satu demi satu. seperti LAMPIRAN 2 RPH1.ppt
-Murid mendengar penerangan guru.




-Murid membilang buah epal yang ada di dalam bakul.
Contoh jawapan
Murid: Satu biji epal

Murid mengira buah epal di dalam bakul.

Contoh jawapan:
Murid: Dua biji epal

Contoh jawapan :
Murid : Tiga biji epal



-Murid terus mengira dengan menambah
satu demi satu.




-Murid tampil kehadapan dan cuba
menjawab sooalan yang diberikan oleh
guru dengan menekan kursor pada
komputer riba.
-Untuk soalan  ke4 dan seterusnya, murid
dikehendaki menggunakan alat pembilang
yang disediakan.
Teknik :,soal-jawab
BBM: buah epal, bakul, Slaid power point, komputer riba, projektor, skrin putih
Nilai : bersungguh-sungguh, berani
APLIKASI IDEA (12m)
Aktiviti berpasangan
(Menyiapkan lembaran kerja)
-Guru mengagihkan murid kepada
pasangan-pasangan masing-masing
-Setiap pasangan diberi sehelai lembaran
kerja. seperti lampiran 3 RPH 1
-Guru memantau latihan yang dibuat oleh
murid sambil membimbing murid.

- Setelah murid selesai menyiapkan
latihan secara berpasangan, guru
meminta wakil setiap murid kehadapan
dan membincangkan jawapan masing
masing.

-Guru mengulas jawapan murid.
-Murid duduk secara berpasangan dan berbincang dengan pasangan masing-masing untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.



-Murid tampil kehadapan dan membentangkan jawapan masing-masing.
Teknik: aktiviti berpasangan.
BBM: lembaran kerja, Alat tulis
Nilai : bekerjasama, menghargai masa.


REFLEKSI / PENUTUP (3m)
Kuiz
-Guru menafsir kefahaman murid dengan member i soalan kuiz secara spontan.
-Murid yang jawab dengan betul akan diberi ganjaran berupa sebatang pensel.
-Murid cuba menjawab soalan yang diberi oleh guru dengan menggunakan alat pembilang.

Teknik: soal jawab.
BBM : Alat tulis, alat pembilang (straw)
Nilai : Berani, suka mencuba.


1 ulasan:

  1. Assalammualaikum..

    bantu saya yang bukan obsyen nie dah 7 tahun mengajar ppki.... mengapa rph objektif ada 3 A<B<C adakah mengikut kebolehan murid dalam kelas? mintak tunjuk ajar...

    BalasPadam