nama blog

follower

BULETIN PENDIDIKAN

Kanak-kanak istimewa perlu perhatian: Rosmah
2011/09/22

PUTRAJAYA: Satu peratus penduduk Malaysia adalah kanak-kanak istimewa dan memerlukan perhatian khusus untuk memastikan kebajikan dan masa depan mereka terjamin, kata isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Rosmah yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) berkata, sesetengah masyarakat mungkin terlepas pandang atau tidak menyedari kehadiran golongan kanak-kanak istimewa ini.
"Pada petang ini kita berpeluang meraikan seramai 500 kanak-kanak istimewa, anak-anak yatim, dan anak-anak kurang berkemampuan daripada 16 rumah kebajikan, yayasan dan pelbagai persatuan.
"Mungkin ada di antara anak-anak tidak pernah ke Seri Perdana dan ini adalah lawatan pertama ke kediaman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Saya harap majlis ini akan memberikan sinar kegembiraan kepada anak-anak," katanya pada majlis jamuan Hari Raya dan sambutan Kanak-kanak BAKTI di Seri Perdana di sini, hari ini.

Turut hadir, isteri Timbalan Perdana Menteri merangkap Naib Yang Dipertua BAKTI, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Program BAKTI kali ini mempunyai keistimewaan tersendiri kerana kehadiran pelajar universiti tempatan sebagai sukarelawan, sekali gus mendidik para pelajar ini mengetahui cara-cara untuk menguruskan anak-anak kelainan upaya.

Katanya, program hari ini memperlihatkan kerelaan semua untuk berganding bahu, bersatu padu dan sama-sama mengambil bahagian dan melibatkan diri untuk menggambarkan wajah masyarakat kita yang bersatu padu dan menyokong usaha perpaduan yang murni untuk merealisasikan konsep 1Malaysia.
Sementara itu, Rosmah berkata peranan isteri pemimpin negara bukan hanya mengiringi suami ke majlis rasmi atau balik ke kawasan suami masing-masing.

"Tetapi melalui program turun padang seperti ini, kita mempunyai peranan yang lebih signifikan terhadap kesejahteraan anak-anak istimewa. Malahan, BAKTI melaksanakan pelbagai program dan aktiviti saban tahun untuk menyalur khidmat bakti kepada seluruh lapisan masyarakat yang memerlukan termasuklah golongan kelainan upaya," katanya.

Majlis itu turut diserikan dengan persembahan anak-anak Permata Seni serta persembahan beberapa artis tempatan seperti Aznil Nawawi, Lan Pet Pet, Raja Azura dan Dafi. - BERNAMA

Sumber : http://www.bharian.com.my/articles/Kanak-kanakistimewaperluperhatian_Rosmah/Article/




Kepimpinan cemerlang, sekolah terbilang

Ditulis oleh PENDIDIK   
Image
PENGETUA dan guru besar yang cemerlang dalam memimpin barisan warga pendidik di sekolah masing-masing biasanya berjaya membentuk sebuah sekolah berkualiti daripada semua aspek seperti akademik dan kokurikulum, termasuk dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas untuk meningkatkan penghasilan pelajar berilmu.
Berikut adalah kertas kerja Pengetua SMK Sultan Ahmad Tajuddin, Bandar Baharu, Kedah, Azizan Khasmis bertajuk Sekolah Berkualiti Melalui Kepimpinan Instruksional yang turut menyatakan bahawa hasil kajian Institut Aminuddin Baki (IAB) menunjukkan bahawa sekolah yang cemerlang adalah hasil daripada pengetua atau guru besar yang berkualiti.
Sekolah berkualiti ialah sekolah yang mencapai kejayaan melebihi sasaran dalam semua aspek terutama bidang akademik. Di Malaysia, perbincangan mengenai topik ini dibuat di satu seminar iaitu Seminar Sekolah Berkesan di IAB pada 1995. Bagaimanapun sekolah berkualiti menjadi topik perbincangan kerana ia membabitkan unsur kepuasan pelanggan. Sekolah berkualiti wujud disebabkan kepimpinannya yang berkualiti iaitu kepimpinan Instruksional.

Lazimnya sekolah yang mencapai kejayaan melebihi sasaran memiliki satu set budaya pengurusan dan amalan kepimpinan yang unggul. Peter Mortimore (1995) menggariskan bahawa sebuah sekolah berkualiti ditentukan faktor berikut:
Pemimpin sekolah bertindak secara profesional. •Mempunyai wawasan dan matlamat dikongsi bersama. •Wujud suasana dan persekitaran menyokong pengajaran dan pembelajaran. •Sekolah memberi tumpuan lebih terhadap pengajaran dan pembelajaran. •Guru mengamalkan pengajaran bermatlamat. •Sekolah mempunyai harapan tinggi terhadap murid. •Mengamalkan sistem pengukuhan positif. •Mengamalkan pemantauan sistematik. •Memberi hak dan tanggungjawab setimpal di kalangan murid. •Wujud perkongsian rumah-sekolah mantap. •Sekolah wujud sebagai sebuah organisasi pembelajaran mantap.

SUMBER :  http://pendidik.com.my/index.php?option=com_content&task=view&id=354