nama blog

follower

Isnin, 27 Ogos 2012

SILATURRAHIM MEMURAHKAN REZEKI & MEMANJANGKAN USIA

Rasulullah saw ada membuat penjelasan berhubung dengan hubungan silaturrahim ini.

ANTARA hadis yang berkaitan:
 
“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah dia menjalinkan silaturrahim” (Hadis riwayat Bukhari)

“Tidak masuk Syurga mereka yang memutuskan silaturrahim” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, dengan bersandarkan peringatan Allah swt dan Rasul saw ini, MARI KITA jalin, MARI KITA pelihara dan MARI KITA suburkan hubungan silaturrahim di kalangan ahli-ahli keluarga kita.

HIKMAT PENSYARIATAN SILATURRAHIM

Hubungan silaturrahim adalah hubungan untuk menyebar kasih sayang dan kecintaan bukan kebencian antara sesama orang yang beriman. Mereka yang mengutamakan hubungan silaturrahim memiliki banyak kelebihan yang dianugerahkan oleh Allah swt. ANTARANYA:

1.Hikmah bersilaturrahim ialah dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur sebagaimana disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Nabi saw bersabda dengan maksud:

“Barangsiapa yang suka dimurahkan rezekinya dan dipanjangkan usianya maka hendaklah dia menyambungkan kekeluargaan (silaturrahim)”

Isnin, 20 Februari 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433H 2012

Pada 17 Februari yang lepas, Sekolah saya, SEKOLAH KEBANGSAAN PANCHING telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Antara objektif utama program ini diadakan adalah bagi mengenang kembali detik sejarah kelahiran Baginda Rasulullah, juga bersama-sama memuliakan hari kebesaran Islam dan mengambil contoh akhlah Rasulullah S.A.W. sebagai contoh akhlak terbaik dalam kehidupan.

Bagi memeriahkan lagi sambutan Maulidur Rasul,  kami jua turut mengadakan pertandingan menghasilkan banner mengikut tema tahun ini iaitu "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah. Pertandingan ini dijalankan mengikut rumah sukan.
Alhamdulillah, dengan semangat yang ditunjukkan oleh guru-guru rumah sukan, maka terhasillah banner-banner yang menarik dan cukup kreatif.
Nampak gayanya tahun depan kita buat lagilah ye.. Insyaallah..


Ahad, 19 Februari 2012

data murid pun dah online..

Buat rakan-rakan guru semua, jagan lupa ye... minggu ni kita kena siapkan data maklumat murid. Pastikan cikgu-cikgi isi maklumat murid dengan betul terutamanya no ic dan sijil lahir.

Cikgu cikgi boleh terus ke link yang saya sertakan dibawah ni untuk key in data murid. Semoga berjaya..

http://apps2.moe.gov.my/sekolahmalaysia/

Khamis, 16 Februari 2012

Bakat Murid Istimewa

Ini hasil kreativiti murid-murid Pend. Khas Sek Keb. Panching.
 Pameran hasil seni murid-murid istimewa ini telah diadakan di Sk Wira. Saya telah uploadkan beberapa hasil rekacipta yang menarik dari murid-murid pendidikan khas sekitar daerah Kuantan.

Walaupun murid-murid ini mempunyai pelbagai masalah pembelajaran, namun mereka berjaya menghasilkan rekacipta yang setanding dengan murid aliran perdana. Tahniah diucapkan, juga kepada guru-guru pendidikan khas... teruskan usaha anda dalam mendidik dan mencungkil bakat murid-murid ini.
















Pelancaran NILAM peringkat sekolah

video

Alhamdulilah... Pelancaran NILAM berjaya juga diadakan pada hari Jumaat yang lepas 8 haribulan Februari. Namun, baru hari ini saya berkesempatan untuk upload video pelancarannya yang dirasmikan sendiri oleh Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Panching.
Terima kasih kepada semua jawatankuasa pusat sumber sekolah yang telah memberikan kerjasama yang tidak berbelah bagi bagi menyempurnakan majlis yang cukup sederhana ini.