nama blog

follower

Ahad, 7 Disember 2014


TQ Allah

Alhamdulillah...segala puji bagi Allah.masih diberi peluang untuk menghirup udara segar pada hari ini...masih diberi ruang untuk bersama keluarga tersayang, suami tercinta, permata hati puteriku Aunie Irdina,..mak abah...adik, abang serta anak-anak buah yang sangat bernilai dalam hidup ini..

Alhamdulillah..setelah lama tidak menjengah ke sini, hari ini diberi kesempatan untuk mencoret sepatah dua kata sebagai kenangan hari tua nanti, juga khas untuk tatapan anak mama, Aunie Irdina..

Sayang ku Aunie, mama nk bagitau ni, mama dah abis belajar...Alhamdulillah sangat..selama 4 tahun mama memerah otak, berhempas pulas menyiapkan asignment dan selama ini juga mama selalu membiarkan Aunie sendirian melayan perasaan..belajar sendiri..makan sendirian..tengok tv sorang-sorang, kesian kat anak mama...maafkan mama sayang...

Terima kasih ya Allah, aku masih diberi ruang untuk bersama-sama keluargaku menikmati setiap detik kehidupan, mengecapi kebahagian bersama dan takkan ku sia-siakan walau sesaat pun masa berharga ini, selepas ini...



Isnin, 27 Ogos 2012

SILATURRAHIM MEMURAHKAN REZEKI & MEMANJANGKAN USIA

Rasulullah saw ada membuat penjelasan berhubung dengan hubungan silaturrahim ini.

ANTARA hadis yang berkaitan:
 
“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah dia menjalinkan silaturrahim” (Hadis riwayat Bukhari)

“Tidak masuk Syurga mereka yang memutuskan silaturrahim” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, dengan bersandarkan peringatan Allah swt dan Rasul saw ini, MARI KITA jalin, MARI KITA pelihara dan MARI KITA suburkan hubungan silaturrahim di kalangan ahli-ahli keluarga kita.

HIKMAT PENSYARIATAN SILATURRAHIM

Hubungan silaturrahim adalah hubungan untuk menyebar kasih sayang dan kecintaan bukan kebencian antara sesama orang yang beriman. Mereka yang mengutamakan hubungan silaturrahim memiliki banyak kelebihan yang dianugerahkan oleh Allah swt. ANTARANYA:

1.Hikmah bersilaturrahim ialah dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur sebagaimana disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Nabi saw bersabda dengan maksud:

“Barangsiapa yang suka dimurahkan rezekinya dan dipanjangkan usianya maka hendaklah dia menyambungkan kekeluargaan (silaturrahim)”

Isnin, 20 Februari 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433H 2012

Pada 17 Februari yang lepas, Sekolah saya, SEKOLAH KEBANGSAAN PANCHING telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Antara objektif utama program ini diadakan adalah bagi mengenang kembali detik sejarah kelahiran Baginda Rasulullah, juga bersama-sama memuliakan hari kebesaran Islam dan mengambil contoh akhlah Rasulullah S.A.W. sebagai contoh akhlak terbaik dalam kehidupan.

Bagi memeriahkan lagi sambutan Maulidur Rasul,  kami jua turut mengadakan pertandingan menghasilkan banner mengikut tema tahun ini iaitu "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah. Pertandingan ini dijalankan mengikut rumah sukan.
Alhamdulillah, dengan semangat yang ditunjukkan oleh guru-guru rumah sukan, maka terhasillah banner-banner yang menarik dan cukup kreatif.
Nampak gayanya tahun depan kita buat lagilah ye.. Insyaallah..


Ahad, 19 Februari 2012

data murid pun dah online..

Buat rakan-rakan guru semua, jagan lupa ye... minggu ni kita kena siapkan data maklumat murid. Pastikan cikgu-cikgi isi maklumat murid dengan betul terutamanya no ic dan sijil lahir.

Cikgu cikgi boleh terus ke link yang saya sertakan dibawah ni untuk key in data murid. Semoga berjaya..

http://apps2.moe.gov.my/sekolahmalaysia/

Khamis, 16 Februari 2012

Bakat Murid Istimewa

Ini hasil kreativiti murid-murid Pend. Khas Sek Keb. Panching.
 Pameran hasil seni murid-murid istimewa ini telah diadakan di Sk Wira. Saya telah uploadkan beberapa hasil rekacipta yang menarik dari murid-murid pendidikan khas sekitar daerah Kuantan.

Walaupun murid-murid ini mempunyai pelbagai masalah pembelajaran, namun mereka berjaya menghasilkan rekacipta yang setanding dengan murid aliran perdana. Tahniah diucapkan, juga kepada guru-guru pendidikan khas... teruskan usaha anda dalam mendidik dan mencungkil bakat murid-murid ini.
















Pelancaran NILAM peringkat sekolah


Alhamdulilah... Pelancaran NILAM berjaya juga diadakan pada hari Jumaat yang lepas 8 haribulan Februari. Namun, baru hari ini saya berkesempatan untuk upload video pelancarannya yang dirasmikan sendiri oleh Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Panching.
Terima kasih kepada semua jawatankuasa pusat sumber sekolah yang telah memberikan kerjasama yang tidak berbelah bagi bagi menyempurnakan majlis yang cukup sederhana ini.

Sabtu, 10 Disember 2011

Selamat hari minggu semua...mari kawan-kawan semua kita download soalan mudah ini dan minta anak-anak kita siapkan dan untuk adik-adik semua, jom buat latihan matematik yang mudah ni... daripada duduk saja melayari internet apa kata cuba tajamkan minda anda.
Latihan
View more documents from zuraidahupsi

Rabu, 7 Disember 2011

mari belajar mengira


Kepada ibubapa diluar sana, penuhilah masa lapang anak anda dengan aktiviti berfaedah...dan kepada adik-adik.. jom kita tonton video ni bersama-sama. Moga dapat dimanfaatkan ilmu yang ada.

Khamis, 3 November 2011

KSSR DAN PBS PEND KHAS

Assalamualaikum  dan salam satu Malaysia  untuk semua pengunjung blog saya. Sebenarnya saya ni baru je balik dari kursus KSSR dan PBS untuk program pendidikan khas yang  telah diadakan di Temerloh bermula 31 Oktober hingga ke hari ini.Letih dan penat ... tapi berbaloi2.. banyak ilmu dapat. Jika ada kesempatan saya akan upload bahan-bahan yang saya dapat dari kursus tersebut.

Khamis, 27 Oktober 2011

KANAK KANAK ISTIMEWA

Kanak-kanak istimewa adalah sebahagian daripada mereka yang tergolong dalam kumpulan orang kehilangan upaya (OKU), iaitu seseorang yang tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperoleh sepenuhnya, atau sebahagian daripada keperluan biasa seseorang individu, dan tidak dapat hidup bermasyarakat sama ada dari segi fizikal, atau mental, dan berlaku sama ada sejak dilahirkan, ataupun sesudah itu.

Terdapat enam kategori orang kurang upaya yang turut melibatkan kanak-kanak, iaitu:
  • Kurang Upaya Pendengaran - termasuk pekak dan bisu.
  • Kurang Upaya Penglihatan - termasuk rabun, buta.
  • Kurang Upaya Fizikal - iaitu kecacatan anggota badan misalnya penyakit polio, kudung, distrofi otot, dan sebagainya.
  • Celebral Palsy - meliputi hemiplegia(sebelah badan), diplegia(kedua belah kaki), dan kuadriplegia(kedua-dua belah tangan dan kaki)
  • Masalah Pembelajaran - lewat perkembangan bagi kanak-kanak berusia bawah tiga tahun; Sindrom Down, autisme, ADHD, terencat akal(berusia lebih tiga tahun), dan masalah lain seperti disleksia, disgrafia, diskakulia, dan lain-lain.
  • Lain-lain menurut diagnosis perubatan yang merangkumi semua masalah kurang upaya.
Kanak-kanak ini memerlukan rawatan, bimbingan, bantuan, dan perhatian khusus daripada orang di sekeliling mereka. Janganlah kita menyisihkan mereka. Bantulah sedaya upaya kita kerana mereka mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri.

Jumaat, 14 Oktober 2011

Ahad, 9 Oktober 2011

Ini adalah sesi pengajaran mikro saya. Kalau ada sebarang pendapat atau pandangan...kawan-kawan boleh bagi komen kat bawah ni ye.

Rakaman mikro pengajaran ini dibuat untuk course teknologi maklumat KRT 3013. Khas untuk PPG PJJ UPSI bagi sem 2. 

tajuk : Membilang bilangan benda dalam lingkungan 9.
kelas pendidikan khas masalah pembelajaran.

Jumaat, 7 Oktober 2011

TAMBAH SEBARANG DUA NOMBOR